Wednesday, January 13, 2010

Sayangku..

Assalamualaikum...

Disini aku nak meluahkan hati yang sudah lama ingin sekali aku meluahkannya pada semua pambaca blog. Kisah ini bersama dengan kekasih hati aku yang dulu. Aku amat sayangi dia. Tapi apa tidak dapat berbuat apa-apa kerana hubungan kami hanya separuh jalan walaupun sudah lama kami binakan bersama-sama. Aku kesali dengan apa yang telah berlaku sekarang.

Bibi Pakiza,nama yang sukar untuk aku lupakan. Dialah kekasih hati aku yang sampai sekarang masih lagi aku teringatkan beliau. Tapi kini semuanya telah tinggal kenangan yang terindah dalam perhubungan kami selama 2 tahun lebih. Kenapa aku terpaksa berpisah dengan dia? Kenapa aku yang harus terima semua ini? Kenapa ia sukar untuk aku melupakan? Kenapa dia dan aku?

Dulu,kami bahagia seperti mana pasangan lain bahagia. Hubungan kami sungguh indah sekali walaupun kami berjauhan tapi tetap bersama. Bibi Pakiza,terasa baru semalam kita keluar bersama dengan menikmati keindahan ciptaan tuhan , tapi sekarang ia sudah berakhir. Tiada lagi gelak tawa kita bersama. Tiada lagi usikan manja dari aku padamu. Sungguh sedih sekali. Kenapalah kita terpaksa berpisah? Terasa baru semalam aku pegang tangan mu dengan erat dan ku bawa kau berjalan di bawah pepohon kayu dengan keindahan tasik di Bukit Merah. Terasa sunyi bila ia berakhir. Kenapa diriku harus menerima semua ini?

Dulu kita masing-masing perah berjanji tak akan berpisah walau apa-apa pun terjadi tetapi sekarang itu hanya sudah terkubur dan menjadi di sebaliknya. Sedih bercampur kecewa dengan tangisan yang mendalam setiap hari. Hari-hari aku yang berlalu hanya teringatkan kamu Bibi. Kenapa kau harus pergi dari hidup aku? Kenapa sukar untuk kita berdua mempercayai antara satu dengan yang lain? Apakah ini sudah takdir kita berdua jadi sebegini rupa? Kenapa kita pula yang harus menerima semua ini? Sedangkan kita sayang dan mencintai satu dengan yang lain.

Bibi ada suatu hari aku mengucup dahi dan tangan mu dengan kasih sayang , dan muka mu penuh dengan kasih sayang padaku. Aku lihat wajahmu yang ayu itu sedang merana bila ini semua terjadi. Aku tahu kau masih sayangkan aku. Aku tahu kau risaukan keadaan aku sekarang. Sebab aku pun merasa sebegitu pada mu.

Sayang ku..
Jauh aku berjalan mencari kamu,
Menanti hari-hari mendatang dengan harapan kau kembali,
Memohon pada yang-Esa kembali memelukmu,
Akhir nanti pasti kita merana untuk sekian menanti.